Sabtu, 25 Februari 2017

♊LIRIK LAGU SATU JALAN SATU PEGANGAN-SLAM

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm... dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi... nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya... Tuhan... menentukan

Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh... oh...

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi... ke syurga...

♊LIRIK LAGU BUKAN NIAT MEMBALAS DERITA

Ke mana
Menghilangnya purnama
Semalam indahku lihat bercahaya

Apakah
Terlindung di balik mega
Atau aku kah terkurung di ruang gelita

Seandainya
Kau ku nanti masih teruskah sinari
Andai tiada dapatkah aku ketahui
Resah hati kian hari lukanya terhiris kian parah
Nantikan kasihmu kini kian gerhana

Dalam hiba kulihat kejora bersinar
Kucuba berpaling tak terdaya
Cahayanya terangi segal

Bukan pula niatku membalas derita
Namun ku terpaksa meleraikan
Keperitan yang tak terhingga
Oooo...

Tak ku sangka
Dikau kembali jua
Mengharap cinta kini tiada
Izinkanlah
Aku terus disana
Kecapi bahagia
Selamanya

♊LIRIK LAGU MENTARI MUNCUL LAGI-SLAM

Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meniggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

1
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakanku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta

( ulang dari 1 )

Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

♊LIRIK LAGU SUASANA HARI RAYA-SLAM

Berjabat salam kita semua
Maafkan silap dan salah
Kunjung-mengunjung riang berhimpun
Raikan hari mulia

Bergema takbir syawal kedengaran
Beriringan bersahutan keriangan
Tibanya hari raya yang mulia
Kita bersyukur sungguh gembira

Anak kecil berlarian keriangan
Berpakaian warna-warni dan berseri
Indahnya suasana bergembira
Kaum keluarga bersalaman dan bermaafan
Menyambut kedatangan saudara

Berjabat salam kita semua
Maafkan silap dan salah
Kunjung-mengunjung riang berhimpun
Raikan hari mulia

Selamat hari raya ucapan untuk semua
Lupakanlah segala sengketa
Meraikan ibadat menambah serinya
Suasana di hari raya


♊LIRIK LAGU JIKA KAU RASA GETARNYA-SLAM

Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

♊LIRIK LAGU SATUKAN HATI KITA-SLAM

Usah kau berpura-pura
Sembunyi cinta dalam hati
Sucikan prasangkamu
Sabarku ada batasnya

Singkirkan dusta singkirkan lara
Suburkan jiwa
Penuh insani
Tak perlu kau bandingkan
Di antara cintaku dan kekasihmu
Diriku tetap aku
Yang punyai naluri
Cinta yang tersendiri
Yang penting kejujuranmu
Menyakinkan cinta

Tidak ku undur diri
Ku kejar hingga ke mati
Biarlah sakit di mata
Di hati suburnya mewangi
Singkirkan dustamu
Singkirkan laramu
Satu hati kita
Merahkan cinta

♊LIRIK LAGU KITA TERPAKSA BERMUSUHAN-SLAM

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan..

♊LIRIK LAGU SATU JALAN SATU PEGANGAN-SLAM

Asam di gunung, ikan di laut Dalam hidangan bertemu jua Pasti yang tersurat Terbukti akhirnya Asalnya bayang dari cahaya Ada bayang z...